illustrator : me doing tracing on my alma mater building; the Overfloor

|


The Overfloor, Big School, Malay College Kuala Kangsar. Sebuah mercu tanda utama milik MCKK. Ia telah diisytiharkan sebagai bangunan lama berstatus Warisan Negara, dimana ia telah dibina oleh pihak British untuk memberi pelajaran kepada anak-anak melayu agar dapat bekerja sebagai pentadbir








illustrator : Crown Lubricants Magazine Ads

|

Untuk pertama kali, Crown nak buat iklan kat majalah. Itupun setelah dapat penajaan untuk membuat iklan sebesar saiz A4 di Majalah Usahawan. Aku sendiri pun first time nak buat design untuk ruang majalah.

Untuk iklan produk seperti Crown ni, aku kena fikirkan banyak aspek supaya layout dan imej-imej di dalam iklan Crown ni dapat menarik minat si pembaca majalah untuk menatap lama iklan ni dan seterusnya mendapat mesej dan ingatan kekal dari iklan ini.

1) Brand Introduction and Awareness
Untuk introduction aku nak letak logo Crown dengan bagaknya di bahagian khusus iaitu di sebelah kanan bawah. Biarkan ia outstanding sorang di situ. Untuk awareness lak, pembaca mesti nak tau apa itu Crown Lubricants kan. So aku letak imej produk Crown di sebelah kiri bawah supaya boleh nampak seimbang dan releven dengan logo brand di sebelah kanan.

2) Application
80% daripada ruang iklan ni, aku peruntukkan untuk tunjukkan aplikasi produk Crown itu sendiri. Mula-mula, aku letak satu imej illustrasi bahagian dalam enjin (piston, engine cylinder, valves) kat bahagian tengah iklan. Kemudian, aku susun imej-imej sports car (aston martin), turbo-diesel heavy truck (scania), heavy-duty excavator (caterpillar) dan superbike (kawasaki) di sekeliling imej enjin tu. Selain itu, aku letak ayat-ayat power mengenai aplikasi Crown yang menunjukkan kepenggunaan dan kehebatan hasil aplikasi daripada produk Crown.

Kesimpulannya, imej enjin adalah menunjukkan aplikasi terus oleh produk dan seterusnya ditunjukkan kesinambungan tahap kualiti untuk kegunaan jenis mesin dan jenama kenderaan yang hebat seterusnya dijelaskan lagi dengan ayat-ayat power.


3) Approval and Accreditation
Aku juga letak logo-logo pengeluar utama kereta keluaran tempatan dan luar negara bagi menunjukkan produk Crown ini compatible dan sememangnya boleh disyorkan untuk kebanyakkan (semua) enjin-enjin pengeluar kereta tersebut. Kemudian diletakkan lagi logo pensijilan API dan logo-logo lain.



THE DESIGN & TUTORIAL (clipping mask, feather and transparency mode)

The background
  • Sepertimana warna korporat jenama Crown ni, latarbelakang iklan ini ialah berwarnakan kuning minyak dan ia juga mempunyai imej-mej super machines yang tampak terserap ke dalam warna tersebut.

  • Untuk membuat 'blending effect', imej tersebut terlebih dahulu dikenakan dengan teknik 'clipping mask' di dalam satu bentuk 'elipse' (eclipse).

  • Kemudian, imej tadi dikenakan pula dengan 'feather effect' supaya warna background boleh nampak macam menyerap (blend) dari sisi (edge) ke dalam imej.

  • Setelah itu, imej tadi diset 'transparency' pada 40% dengan mode 'multiply' supaya imej tersebut nampak kabur dan terserap (blend) di dalam warna background iklan.


The Focus Image
  • Untuk imej enjin tu, aku download dari website Scania. Enjin ni adalah enjin turbo-diesel V8 Scania.

  • Seperti mana editting pada background di atas, kita kenakan teknik 'clipping mask' dan 'feather effect' dan cuma aku tak kenakan 'transparency mode' saja kerana nak nampakkan warna ilustrator enjin tu tampak terang dan outstanding.



artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver. 11
2) Color Mode : CYMK
3) Layout Size : A4
4) Product Specs. : Magazine Paper; A4 size. Four Color printing

Shogun Restaurant at One Utama

|

Sempena birthday aku yang ke-30, biniku yang tersayang, Cik Puan Alina telah membelanja aku santapan buffet dinner kat Shogun Restaurant. Memang dah lama pun aku teringin nak makan kat Restoren Jepun-Korea ni. Before this kalau aku lalu depan restaurant ni, memang aku akan penuh kehairanan, apahei penuh sangat restoren nih. Sedap bebenor makannye ye?

Awal petang tu, saje je lalu nak tanya berapa harga buffet, pastu manager melayu tu ajak masuk dalam tengok buffet line shogun ni. Memang terliur gak tengok betapa banyaknya food diaorang served. Then, waiter tu cakap semua food Halal & dia suruh buat booking pasal nanti dinner susah nak dapat seat.



Around 7pm, kami pun datang balik ke Shogun Restaurant ni. Bila nak masuk kat entrance tu, waiters memang dah berkumpul ramai-ramai nak greet kami; 'Welcome' dalam japanese (aku tak ingat apa diaorang sebut, tapi macam yang diaorang selalu jerit kat Sushi King tu la).

Bila dah dapat seat, aku start jalan la tengok buffet island. Ada 5 buffet island: sushi, japanese & korean food, tempura, tepanyaki & BBQ, japanese & korean food and dessert. Memang banyak gila makanan. Food decoration pun cantik dan buat aku tak sabor je nak ngap.

*gambo2 kat atas ni aku ambik kat internet.


Mula-mula aku makan sushi


Pastu, aku ambik lagi sushi. Masa ni dah start muak & kenyang. Main course tak start makan lagi ni. Salah strategi lak.


Third plate ni memang best (tapi time ni aku dah start mengah). Ada ayam boxing dengan lemon chicken...


Oyster ni memang restoren bagi sorang seketul je. Tak sedap sangat, maybe diaorang tak pandai buat kut.


Pinggan berisi Tempura ni aku kongsi dengan bini aku..


Pastu ada lagi berpinggan-pinggan lagi yang aku tak dapat ambik gambornya pasal aku dah malas. Lauk yang paling best ialah lamb chop, ada banyak jenis cooking untuk lamb ni; teriyaki, grill, lamb shank etc. Yang lain macam ayam, ikan, daging, ketam, udang pun ada banyak style cooking.

Banyak gak aku tak sempat nak rasa pasal dah kenyang sangat.

Dessert pun best, espcially the fruit cocktail. Ice cream pun ada, banyak flovour. Memang tak kedekut.

Drinks lak tak limit dengan ice-water je macam typical hotel, diaorang offer fruit juices (cordial actually), japanese tea, hot coffee/tea drinks. Semua tu bottomless.

Overall : Totally worth the money spent. Kalau korang nak makan buffet, jangan makan kat hotel pasal shogun lagi offer banyak food dan berbaloi!!

Harga Buffet per head : RM52++ (10% service charge +5% sales tax)

Bini aku bergurau dengan mizan (bergurau tak kena tempat).





Shogun Japanese Buffet Restaurant; Japanese & Korean buffet restaurant:
Lot.S 335A, 2nd Floor Oval,
1-Utama Shopping Centre,
No. 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Tel (Hunting Line): 03-7726 3770, 7726 5770, 7728 0770

illustrator : mckk's crest & tutorial on tracing

|
Aku memang perlukan imej crest koleq untuk beberapa design yang aku tengah fikir nak buat in future. So, aku dah pi surf banyak website koleq, mcoba, oldboys dan OB-batch blogs untuk cari imej crest koleq. Untuk mendapatkan pelbagai imej, foto dan logo pasal koleq, sila lawati http://offside.mcoba.org/image.



Crest koleq yang dalam format jpeg di atas ni tak berapa sharp untuk dijadikan bahan printing atau nak buat design dalam Adobe Illustrator. Adalah terbaik untuk koleq crest ni dijadikan dalam format vector, so aku kena buat tracing guna Adobe Illustrator.

tutorial : tracing
Cara nak buat tracing ni kita boleh gambarkan macam kita tekap gambar guna kertas tekap / tracing. Melalui kertas tracing yang agak transparent tu, kita boleh melukis dengan meniru bentuk gambar yang kita tekap tu. So, untuk crest ni, aku copy & paste pada Layer 1 dan 'Lock' layer tu supaya imej dalam layer tu tak kena usik bila kita buat tracing.



Kemudian, create 'new layer' : Layer 2 dan posisikan di atas Layer 1 (Layer 2 ni akan jadi kertas tekap). Untuk kerja tracing ni, kita boleh gunakan 'pen tool' (rujuk gambar di atas). Sebenarnya kerja tracing ni senang saje, cuma click pada setiap point imej dan kalau line tu kena buat curve, masa click untuk second point tu, kita kena terus hold left-click tu sambil gerakkan mouse dan padankan curve dengan sebaik mungkin.



Korang boleh set line color (stroke color) dulu sebelum atau selepas plot points atau line tu korang buat. Bila dah lengkap satu imej, then baru la set color imej (fill color).



Buat tracing ni memang syok, lebih2 lagi bila dah siap. Memang puas hati kalau dah dapat tengok hasilnya dalam vector. Cuma yang tak syok tu ialah tracing ni memang makan masa dan aku selalu tension kalau curve tu tak berapa menjadi. Make sure mouse korang senang nak handle.



Perhatikan bezanya imej dalam format bitmap dan format vector (tracing & in color).



Part yang paling susah nak buat crest koleq ialah part kepala rimau ni. Memang banyak point nak plot dan imej asal pulak tak berapa sharp nak buat tekap. Itulah cabarannya.

Selamat mencuba!


artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver. 11
2) Color Mode : CYMK
3) Color Mode on Product : RGB in JPEG format
4) Layout Size : 1280 x 1560 pxl
5) Product Specs. : for artwork and image gallery


the product

illustrator : Carey Award September '07

|


Another poster for Sukantara2008 Blog : Carey Award Race : September GP.

Visit Sukantara2008 Blog at http://sukantara2008.blogspot.com.

artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver. 11
2) Color Mode : CYMK
3) Color Mode on Product : RGB in JPEG format
4) Layout Size : 800 x 300 pxl
5) Product Specs. : Poster

illustrator : Futsaltera Poster

|


I made this poster for Sukantara2008 blog : Futsaltera's Results.

Futsaltera was a koleq94's futsal interhouse match held at Futsal Sport Center, PJ on 26th August. Ahmad house got the first place (highest points from their winning matches & attendance) and as we expected, Sulaiman house got the last place. We lost in all our games except one match got draw.


artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver. 11
2) Color Mode : CYMK
3) Color Mode on Product : RGB in JPEG format
4) Layout Size : 600 x 800 pxl
5) Product Specs. : Computer Wallpaper

illustrator : Carey Award Wallpaper

|
Persaingan Carey Award semakin hangat dan penuh adegan sabotaj dan desprado. Spammer batch 9094 semakin tegar dan telah menlampui 1000 emails per month, especially during this June and July.

the wallpaper
Every corner is burst by each mascot of the koleq's house. The Red Eagle is Sulaiman's mascot, the Road Runner is Idris's, the Black Man-Beast is belong to Ahmad House and lastly the F&N Lion figure is the Mohd Shah house's mascot.

This wallpaper will be updated monthly with the latest counter of total email hits. The position of colored emails (those envelopes with @ logo) are showing which house is in the top position. The closer the colored email (house) to the Carey Award cup means the higher the ranking or its position in the particular month.



artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver. 11
2) Color Mode : CYMK
3) Color Mode on Product : RGB in JPEG format
4) Layout Size : 800 x 600 pxl
5) Product Specs. : Computer Wallpaper

illustrator : Crown ATF Dexron III

|

Dah lebih 2 tahun, Crown Lubricants jual ATF Dexron dalam packing 18 liter pail. To enter the market's demand, kami nak introduce ATF in our new packing, 1 liter bottle.

Apa itu ATF Dexron III? ATF means Automatic Transmission Fluid, minyak pelincir untuk sistem gear otomatik. Dexron III is basically an ATF grade which most auto-transmissions require to perform the best.

Depends to the car model, some will consume 4 liter, sometime upto 7 liter each time during oil change plus flushing off the used oil. Crown's ATF Dexron III is suitable for all cars espcially those transmissions in Proton Waja & Perdana (these cars require ATF SPII or SPIII). It's even can be used as Power Steering fluid.

the design
Nak dapatkan vector image gear knob ni, aku kena buat tracing pada photo yang aku ambik dari website mazda (interior photo : mazda cx7).


Semua product Crown Lubricants ada nombor barcode sendiri. Kalau tembak dengan laser barcode scanner, memang akan keluar nombor product ni.


artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver. 11
2) Barcode Software : Barcode Creator ver. 3.1
3) Color Mode : CYMK
4) Layout Size : 20.0cm x 18.5cm
5) Product Specs. : Sticker with UV finish, to be sticked on 1LTR Silver Bottle.

the mockup

Selamat Datang ke Dunia, wahai Anakku

|
Inilah wajah anakku, Mizan yang lahir pada Sabtu 11 pagi, 28 April 2007 di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Alhamdullilah, Syukur kepada Allah SWT atas nikmatMu. Kami dikurniakan anak yang sihat dan sempurna. Emaknya pun sihat dan selamat melahirkannya.
*Gambar ini diambil pada hari kelima selepas Mizan dilahirkan.

foto : SukanTara - Bowling Competition - Album Gambar

|
Time : 0830 hrs
Date : 7 April 2007 (Saturday)
Venue : Pyramid MegaLanes, Sunway Pyramid
Event : Sukantara (Interhouse Sports Event) : Bowling Competition
Photo Source : KNizam Artwork : http://www.flickr.com/photos/knizam94


For more info about this SukanTara events; goto http://sukantara2008.blogspot.com/




p/s : if anybody has other photos of this event, please send them to me so that i can include more to this album slide.

illustrator : Crown Mileage Sticker

|


Baru-baru ni stok mileage sticker kami dah nak habis. Since dah nak order baru, so aku design new Mileage Sticker untuk Crown Lubricants. Layout size kali ni macam mileage sticker Shell, ianya lebar (rectangle shape la), berbeza dari typical-square-type mileage sticker yang most brands buat.

Apakah kegunaan Mileage Sticker? Ia digunakan untuk merekodkan status servis minyak enjin dengan mencatatkan nombor kilometer; KM yang dirujuk pada dashboard panel kenderaan. Selalunya, mileage sticker ditampal di hujung kanan windscreen, dimana pemandu senang melihatnya. Rekod yang boleh ditulis pada mileage sticker ialah :
  • Nombor kilometer pada semasa minyak enjin atau minyak gear kenderaan tersebut diservis (ditukar);
  • Tarikh servis (penukaran) minyak tersebut dilakukan;
  • Nombor kilometer yang dijangka pada masa akan datang untuk mengingatkan pemilik kenderaan bahawa kenderaannya perlu diservis.

   


artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver11
2) Color Mode : CYMK
3) Layout Size : 11.2cm x 5.5cm
4) Product Specs. : Static Plastic




the product

flash : kungfu orang lidi Part 2

|


Actually, kungfu orang lidi Part 2 ini bukannya sambungan dari flash kungfu lidi Part 1, cuma flash ni masih lagi animasi yang menggunakan orang lidi. Flash movie ni start dengan game interactive (aim & shoot macam game Time Crisis) dan end-up dengan kungfu scene yang ada tiru aksi movie Matrix.

Animation memang the best, nice moving angle-view and aku memang teruja dengan kungfu fighting yang dramatik (walaupun yang berlawan tu orang lidi). Like other flash movies, korang kena tunggu preloader ni habis download flash content, then baru flash movie boleh start.

How to Play this Flash Game:
1. Point your mouse pointer to the enemy and use left-click to shoot.
2. Your bullet can run-out, to load your gun, press 'Space Bar'.
3. Each round comes with 6 lifes.
4. Enjoy (don't forget to turn on your speakers)

illustrator : Banner Sukantara 2008

|
Untuk pertandingan bowling sabtu ni (7 April 2007), aku nak cadangkan 3 artwork untuk banner SukanTara 2008. So korang buatlah komen yang membina dan bagi cadangan untuk item yang nak ditambah atau nak dibuang. Nanti dah final, boleh hantar untuk print.

BANNER 1


BANNER 2


BANNER 3


Untuk makluman lanjut mengenai Koleq'94 SukanTara 2008, sila lawat laman blog di http://sukantara2008.blogspot.com.

artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver11
2) Color Mode : CYMK
3) Layout Size : width=10" height=4" untuk Banner size 10'x4'
4) Image Source :
http://office.microsoft.com/clipart, http://www.pnm.my/yangpertama/Edu_MCKK_PHOTO2.htm
5) Product Specs. : Banner (Trampoline)

the product:
kami semua bersetuju dan decide untuk print Banner 3. Bila dah gantung kat Sunway Pyramid MegaLane masa bowling competition, banner ni nampak kecik dari jauh. Writing and images tak berapa jelas. It might be better if the layout size 20' x 4'. Takpe la, boleh adjust and print a new one.



photo taken from knizam artwork

illustrator : Crown Signboard Bengkel

|
Dari hari tu lagi, customer aku, KITA AUTO kat Setapak mintak signboard untuk bengkel dia. After revised artwork dengan dia, so inilah yang final artwork. So, lepas ni kena tunggu signboard maker datang dan ukur tempat nak pasang signboard ni.

Dulu, standard theme untuk signboard customer Crown pakai background kuning (pasal kuning is corporate color Crown). Tapi, banyak orang komplen (even aku sendiri) yang logo Crown jadi tenggelam dengan background color. So, signboard ini ialah first yang pakai background putih. Harap-harap ok.

artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver11
2) Color Mode : CYMK
3) Layout Size : width=19" height=4" for Signboard size 19'x4'
4) Font Bismillah : MCS Basmalah normal
5) Product Spec : Signboard w/o lightbox.


Nak download font Bismillah? Sila right-click sini, dan klik 'Save Target As'..
(Selepas download font ini, sila tampal (paste) di folder C:\windows\fonts\ )

flash : kungfu orang lidi

|
Aku memang suka collect flash animation/movies, since 1999 lagi.

Dalam banyak flash yang aku simpan, flash kungfu orang lidi ni top favourite aku. Simple drawing tapi dia punya animation memang dramatik.

Enjoy!
(please turn ON your speakers)









illustrator : Koleq94 Crest

|
Petang ni aku agak boring. So, aku lukis balik Crest Koleq utk batch94.
Ada 2D Version, Smoke Version, Shading Version dan 3D Version. Software yang digunakan Adobe Illustrator CS Ver 11.

movie : 300

|

Last week, i went to cineplex mutiara damansara to watch this brutal movie, 300.

synopsis
In the ancient Battle of Thermopylae, King Leonidas and 300 Spartans fought to the death against Xerxes and his massive Persian army. Facing insurmountable odds, their valor and sacrifice inspire all of Greece to unite against their Persian enemy, drawing a line in the sand for democracy.



movieclip in flash



my favourite brutal scene 1 : from youtube


my favourite brutal scene 2 : from youtube




Hari Ini Aku Register Blog

|
Hari ini, 26 Mac 2007, aku dah daftar dan mempunyai blog aku sendiri

http://fugela.blogspot.com

Welcome..