Shogun Restaurant at One Utama

|

Sempena birthday aku yang ke-30, biniku yang tersayang, Cik Puan Alina telah membelanja aku santapan buffet dinner kat Shogun Restaurant. Memang dah lama pun aku teringin nak makan kat Restoren Jepun-Korea ni. Before this kalau aku lalu depan restaurant ni, memang aku akan penuh kehairanan, apahei penuh sangat restoren nih. Sedap bebenor makannye ye?

Awal petang tu, saje je lalu nak tanya berapa harga buffet, pastu manager melayu tu ajak masuk dalam tengok buffet line shogun ni. Memang terliur gak tengok betapa banyaknya food diaorang served. Then, waiter tu cakap semua food Halal & dia suruh buat booking pasal nanti dinner susah nak dapat seat.



Around 7pm, kami pun datang balik ke Shogun Restaurant ni. Bila nak masuk kat entrance tu, waiters memang dah berkumpul ramai-ramai nak greet kami; 'Welcome' dalam japanese (aku tak ingat apa diaorang sebut, tapi macam yang diaorang selalu jerit kat Sushi King tu la).

Bila dah dapat seat, aku start jalan la tengok buffet island. Ada 5 buffet island: sushi, japanese & korean food, tempura, tepanyaki & BBQ, japanese & korean food and dessert. Memang banyak gila makanan. Food decoration pun cantik dan buat aku tak sabor je nak ngap.

*gambo2 kat atas ni aku ambik kat internet.


Mula-mula aku makan sushi


Pastu, aku ambik lagi sushi. Masa ni dah start muak & kenyang. Main course tak start makan lagi ni. Salah strategi lak.


Third plate ni memang best (tapi time ni aku dah start mengah). Ada ayam boxing dengan lemon chicken...


Oyster ni memang restoren bagi sorang seketul je. Tak sedap sangat, maybe diaorang tak pandai buat kut.


Pinggan berisi Tempura ni aku kongsi dengan bini aku..


Pastu ada lagi berpinggan-pinggan lagi yang aku tak dapat ambik gambornya pasal aku dah malas. Lauk yang paling best ialah lamb chop, ada banyak jenis cooking untuk lamb ni; teriyaki, grill, lamb shank etc. Yang lain macam ayam, ikan, daging, ketam, udang pun ada banyak style cooking.

Banyak gak aku tak sempat nak rasa pasal dah kenyang sangat.

Dessert pun best, espcially the fruit cocktail. Ice cream pun ada, banyak flovour. Memang tak kedekut.

Drinks lak tak limit dengan ice-water je macam typical hotel, diaorang offer fruit juices (cordial actually), japanese tea, hot coffee/tea drinks. Semua tu bottomless.

Overall : Totally worth the money spent. Kalau korang nak makan buffet, jangan makan kat hotel pasal shogun lagi offer banyak food dan berbaloi!!

Harga Buffet per head : RM52++ (10% service charge +5% sales tax)

Bini aku bergurau dengan mizan (bergurau tak kena tempat).





Shogun Japanese Buffet Restaurant; Japanese & Korean buffet restaurant:
Lot.S 335A, 2nd Floor Oval,
1-Utama Shopping Centre,
No. 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Tel (Hunting Line): 03-7726 3770, 7726 5770, 7728 0770

2 comments:

Anonymous said...

Salam bro... just nak comment skit... kalau di tanya mana2 restoran yang takde sijil halal, memang kebanyakkannya akan cakap halal, sebab pork free. Tapi aku dah terkena dekat Shogun ni... dah makan2 semua, pegi usha itik bakar.. tengok leher dia sekali itik cucuk la... tak sembelih. So, berhati2 lah, aku dah tak pegi kalau takde sijil dari Jakim. Salam!

Najemi said...

bro, itik nye cucuk, leher cantik xde kesan sembelih.. makanan nye, masak pakai sake (arak jepun)...cmne leyh halal bro.. pastu ade serve sake...japanese tea tu xpe la..so, next time, check dulu bro...kadang2, ckp halal...tp xhalal,so, be aware bout that...TGI friday pon sama...yg halal hanya 1 branch je..TGI Friday Alamanda, tu pon sebab dia bukak cawangan alamanda utk government staff yg mostly ialah melayu.. so, syarat dia mesti halal...Alamanda je yg ade juice bar instead of normal other branch...serve alcohol.. masakan pon sama...hati2 yer

Post a Comment