Rafizi Umum Bertanding untuk Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan; AMK (cabang Pemuda Parti Keadilan)

|
Saudara Rafizi Ramli adalah kawan lama saya di sekolah dulu. Sejak dulu lagi, beliau sememangnya punya kualiti kepimpinan yang tinggi dan sering tampil kehadapan dalam memperjuangkan pelbagai isu-isu; tidak kira pelajar, politik dan hal semasa. Terkini, beliau telah mula kembali berkecimpung secara sepenuh masa dalam arena politik negara di bawah payung Parti Keadilan Rakyat; PKR. Beliau kini adalah Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor iaitu Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semalam (1 September 2010), Saudara Rafizi telah mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan; AMK iaitu sayap Pemuda PKR. Saya ingin mengucapkan Selamat Berjuang & All the Best of Luck (Forget Me Not) kepada beliau.


Sila lawat laman web beliau di www.rafiziramli.com. Sila beri sokongan kepada beliau di laman fan page di facebook; www.facebook.com/rafizi.ramli. Juga boleh ikuti perkembangan beliau di twitter.com/rafiziramli.


Dari : Malaysiakini.com (http://www.malaysiakini.com/news/141599)
















Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda PKR (AMK).

Beliau turut mengumumkan barisan regunya - dikenali sebagai Generasi Reformasi - yang akan bertanding jawatan utama dalam AMK.

















Rafizi akan berganding dengan ADUN Batu Caves Amirudin Shari yang akan bertanding jawatan timbalan ketua AMK.













Manakala tiga lagi ADUN gandingannya akan bertanding jawatan naib ketua dan exco. Mereka ialah Sim Tze Tzin (Pantai Jerjak), S Kesavan (Hutan Melintang) dan Chang Lih Kang (Teja).

Sim dan Kesavan akan bertanding jawatan naib ketua manakala Chang dan empat orang lagi - Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran, Saifullah Zulkifli dan Jafery Jomion akan bertanding jawatan exco.

Menurut Mohd Rafizi, barisan Generasi Reformasi menggabungkan pelbagai kumpulan berbeza atas semangat reformasi.















Beliau dipercayai akan mendapat tentangan sengit daripada penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin, seorang lagi anggota MPP Badrul Hisham Shaharin dan seorang pemimpin cabang daripada Johor Hasmi Hashim.

Timbul isu baru

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun belum membuat pengumuman rasmi berhubung kesediaan mereka merebut jawatan yang sama.














Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya pagi ini, Mohd Rafizi berkata, reformasi yang tercetus pada 1998 membuka lembaran baru apabila berjaya menggabungkan kumpulan yang berbeza pendekatan, warna kulit dan kepakaran, tetapi berkongsi matlamat yang sama.

Selepas pilihan raya umum lalu, tambahnya, walaupun isu pokok yang diperjuangkan - seperti pemansukan ISA dan kebebasan institusi kehakiman - masih sama, timbul pelbagai isu baru yang memerlukan perhatian sewajarnya.

"Oleh itu, AMK sebagai barisan utama dalam mendekati orang muda memerlukan dinamisme yang tinggi. Isu yang diperjuangkan perlu melambangkan aspirasi majoriti 4.6 juta pengundi baru yang mempunyai citarasa yang berbeza.

"Pendekatan yang digunakan juga perlu dipelbagaikan untuk menarik minat sebahagian besar anak muda yang pada ketika ini tidak berminat dengan politik," katanya yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor.

"Berdasarkan misi in, saya dan rakan-rakan yang lahir dari semangat kebersamaan dan kepelbagaian hasil gerakan reformasi ingin menawarkan diri untuk menyuntik dinamisme itu dalam AMK. Sebagai persediaan menghadapai pilihan raya umum ke-13."

Turut hadir dalam sidang media itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hanya memberikan sokongan tetapi tidak akan bertanding sebarang jawatan tertinggi dalam AMK walaupun disebut-sebut sebelum ini.


Video : Rafizi tanding ketua AMK, umum regu
http://www.youtube.com/watch?v=qXfw_bkfc8k




Video : Tanding AMK: Generasi Reformasi sedia debat
http://www.youtube.com/watch?v=3-rF06XBH-E


Penternakan Udang Harimau

|
Saksikan cara-cara penternakan Udang Harimau dari slot dokumentari; Agro Jurnal yang telah ditayangkan pada 05hb June 2010 di RTM1. Agro Jurnal bersiaran setiap Ahad pukul 6.30 petang di RTM 1.




Untuk menonton arkib video bagi slot dokumentari RTM1 seperti Agro Jurnal, Agrotek dan Panorama, sila lawat http://www.rtm.gov.my untuk pelbagai dokumentari dalam pertanian dan lain-lain.