illustrator : mckk's crest & tutorial on tracing

|
Aku memang perlukan imej crest koleq untuk beberapa design yang aku tengah fikir nak buat in future. So, aku dah pi surf banyak website koleq, mcoba, oldboys dan OB-batch blogs untuk cari imej crest koleq. Untuk mendapatkan pelbagai imej, foto dan logo pasal koleq, sila lawati http://offside.mcoba.org/image.



Crest koleq yang dalam format jpeg di atas ni tak berapa sharp untuk dijadikan bahan printing atau nak buat design dalam Adobe Illustrator. Adalah terbaik untuk koleq crest ni dijadikan dalam format vector, so aku kena buat tracing guna Adobe Illustrator.

tutorial : tracing
Cara nak buat tracing ni kita boleh gambarkan macam kita tekap gambar guna kertas tekap / tracing. Melalui kertas tracing yang agak transparent tu, kita boleh melukis dengan meniru bentuk gambar yang kita tekap tu. So, untuk crest ni, aku copy & paste pada Layer 1 dan 'Lock' layer tu supaya imej dalam layer tu tak kena usik bila kita buat tracing.



Kemudian, create 'new layer' : Layer 2 dan posisikan di atas Layer 1 (Layer 2 ni akan jadi kertas tekap). Untuk kerja tracing ni, kita boleh gunakan 'pen tool' (rujuk gambar di atas). Sebenarnya kerja tracing ni senang saje, cuma click pada setiap point imej dan kalau line tu kena buat curve, masa click untuk second point tu, kita kena terus hold left-click tu sambil gerakkan mouse dan padankan curve dengan sebaik mungkin.



Korang boleh set line color (stroke color) dulu sebelum atau selepas plot points atau line tu korang buat. Bila dah lengkap satu imej, then baru la set color imej (fill color).



Buat tracing ni memang syok, lebih2 lagi bila dah siap. Memang puas hati kalau dah dapat tengok hasilnya dalam vector. Cuma yang tak syok tu ialah tracing ni memang makan masa dan aku selalu tension kalau curve tu tak berapa menjadi. Make sure mouse korang senang nak handle.



Perhatikan bezanya imej dalam format bitmap dan format vector (tracing & in color).



Part yang paling susah nak buat crest koleq ialah part kepala rimau ni. Memang banyak point nak plot dan imej asal pulak tak berapa sharp nak buat tekap. Itulah cabarannya.

Selamat mencuba!


artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver. 11
2) Color Mode : CYMK
3) Color Mode on Product : RGB in JPEG format
4) Layout Size : 1280 x 1560 pxl
5) Product Specs. : for artwork and image gallery


the product

illustrator : Carey Award September '07

|


Another poster for Sukantara2008 Blog : Carey Award Race : September GP.

Visit Sukantara2008 Blog at http://sukantara2008.blogspot.com.

artwork details:
1) Software : adobe illustrator CS ver. 11
2) Color Mode : CYMK
3) Color Mode on Product : RGB in JPEG format
4) Layout Size : 800 x 300 pxl
5) Product Specs. : Poster